Friday, 29 April 2016

10 Kepercayaan Karut Paling Popular Di Korea Selatan

10 Kepercayaan Karut Paling Popular Di Korea Selatan

 
Setiap masyarakat di dunia ini ada kepercayaan pelik atau khurafat sejak zaman nenek moyang lagi.

The+Number+4

Namun, apakah kepercayaan zaman dahulu itu masih lagi boleh diguna pakai di zaman yang serba moden ini? Itu semua terpulang kepada individu itu sendiri.

Bukan masyarakat di Malaysia sahaja mempunyai kepercayaan seperti itu, di Korea Selatan juga terkenal dengan kepercayaan sedemikian dalam masyarakat mereka.

10 kepercayaan karut yang popular di Korea Selatan.

1. Rama-rama boleh membutakan mata sekiranya individu itu memegangnya dan menyentuh mata mereka selepas itu!

2. Jika kerap bermimpi khinzir ketika tidur, itu bermakna individu tersebut akan menjadi kaya tidak lama lagi.

3. Laluan Deoksugung adalah laluan ‘berhantu’ kepada pasangan kekasih, mana-mana pasangan yang melalui kawasan itu akan berpisah.

4. Pemberian kasut sebagai hadiah akan membuatkan orang yang menerima itu pergi jauh dari hidup si pemberi.

5. Bersiul di waktu malam dipercayai boleh memanggil roh atau syaitan kepada mereka.

6. Kipas yang dipasang dalam bilik tertutup boleh membunuh individu yang sedang tidur di dalam bilik tersebut.

7. Menulis nama dalam warna merah adalah tanda berita buruk atau mati.

8. Melangkah bayi dipercayai akan membantutkan tumbesaran bayi terbabit.

9. Jika si isteri atau kekasih membiarkan pasangan menikmati kepak ayam, pasangan mereka akan ‘terbang’ pergi meninggalkan mereka kelak.

10. Seperti masyarakat Cina, nombor atau angka 4 akan membawa berita buruk kepada mereka.

7 Lapangan Terbang Paling 'Menyeramkan' Di Dunia

7 Lapangan Terbang Paling 'Menyeramkan' Di Dunia

 
Kebanyakan terminal ini ditinggalkan kerana pembinaan lapangan terbang baru atau musnah akibat peperangan. Bagaimanapun, kawasan terminal yang sentiasa sibuk dengan manusia ini akhirnya sunyi sepi.

Lapangan terbang ini dahulunya menjadi hab aktiviti manusia dengan beribu-ribu penumpang teruja untuk menaiki penerbangan sama ada mahu bercuti atau bekerja.

Selepas bertahun-tahun terbiar, pemandangan beberapa lapangan terbang ini sangat menyeramkan sehingga digelar lapangan terbang berhantu.

Di sini disenaraikan beberapa lapangan terbang paling menyeramkan di dunia yang sangat jarang dilihat sebelum ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia
Cyprus

Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia

Lapangan terbang ini tidak menerima penerbangan pesawat komersial sejak 1977 iaitu tiga tahun selepas rampasan kuasa dan serangan tentera Turki.

Pertempuran sengit berlaku di lapangan terbang yang berada dalam zon penampan yang dikawal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memisahkan kedua-dua pihak bertelagah selepas gencatan senjata dimeterai.

Lapangan terbang itu masih digunakan oleh PBB sehingga kini, tetapi bangunan terminal mengalami kerosakan teruk.

Sebuah pesawat usang ditinggalkan di landasan dan tempat duduk di terminal dipenuhi debu tebal.

Siling di bangunan itu juga mereput dan dawai berduri dipasang di sekeliling kawasan terminal.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ellinikon
Athens, Greece

Lapangan Terbang Antarabangsa Ellinikon

Lapangan terbang lama Athens ini antara terminal paling seram di dunia dan pernah menjadi pusat utama bandar itu selama 60 tahun.

Ia dirampas oleh tentera Nazi dan digunakan sebagai pangkalan udara ketika Perang Dunia Kedua.

Lapangan terbang ini ditutup pada 2001 apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Athens yang baru dibuka.

Pada 2004, lapangan terbang itu diubah suai menjadi tempat berlangsungnya beberapa acara Sukan Olimpik termasuk hoki dan besbol.

Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat
Gaza, Palestin

Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat

Lapangan terbang ini adalah kebanggaan penduduk Palestin tetapi musnah akibat peperangan sebelum ditinggalkan.

Ia direka oleh arkitek dari Maghribi dan dibina di selatan bandar Rafah pada 1998 dengan wang jutaan dolar daripada dana asing.

Lapangan terbang ini dibuka oleh bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

Tiga tahun kemudian ia ditutup selepas tentera Israel mengebom menara kawalan dan stesen radar, sebelum memusnahkan landasan dan terminal.

Lapangan Terbang Floyd Bennett Field
New York, Amerika Syarikat

Lapangan Terbang Floyd Bennett Field

Lapangan terbang pertama New York ini dibina di Marine Park di Brooklyn dan dibuka secara rasmi pada 1931.

Ia kemudian diubah suai menjadi Pangkalan Udara Tentera Laut Amerika Syarikat pada 1941.

Kini ia menjadi kawasan rekreasi negara yang ditadbir oleh Perkhidmatan Taman Negara.

Ia juga menjadi pangkalan helikopter Jabatan Polis New York, program perkhemahan bandar dan projek pemulihan pesawat bersejarah.

Lapangan Terbang Tempelhof
Berlin, Jerman

Lapangan Terbang Tempelhof

Walaupun bangunan terminal kosong dan terbiar tetapi kawasan landasan digunakan oleh penduduk tempatan sebagai tempat beriadah.

Tujuh tahun selepas operasi lapangan terbang ini dihentikan, kawasan landasan dijadikan taman awam untuk penduduk berbasikal dan berlari.

Ia juga menjadi lokasi beberapa acara bertaraf antarabangsa dan terbaru, satu pameran pertanian dirancang diadakan di sini pada 2017.

Lapangan Terbang Jaisalmer
India

Lapangan Terbang Jaisalmer

Terminal baru yang dibina di ‘Bandar Emas’ India ini mampu menampung ratusan ribu pelancong setahun tetapi ia tidak pernah menerima kedatangan seorang penumpang pun.

Sejak siap dibina sekitar tiga tahun lalu dengan kos hampir £11 juta (RM72 juta), terminal Jaisalmer yang terletak di barat laut negeri Rajasthan, masih ditutup dan mula menunjukkan tanda pereputan.

Kerana terbiar terlalu lama, kerusi di ruang menunggu diliputi debu tebal dan permukaan dinding semakin kotor.

Sarang burung merpati di atas bumbung dan tulang haiwan yang mati bertaburan di pintu masuk.

Lapangan terbang ini mempunyai ruangan untuk meletakkan tiga pesawat 180 tempat duduk.

Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan syarikat penerbangan sekali gus menyerlahkan kegagalan kerajaan me­ngambil kesempatan peningkatan permintaan perjalanan udara.

Lapangan Terbang Ciudad Real Central
Sepanyol

Lapangan Terbang Ciudad Real Central

Hanya menerima satu bidaan dengan harga 10,000 euro (RM48,000) ketika lapangan terbang ini dilelong pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, bidaan oleh syarikat Tzaneen International itu tidak segera diterima kerana mahkamah berasakan ia terlalu rendah dan menunggu tawaran yang lebih tinggi.

Memiliki antara landasan terpanjang di Eropah, lapangan terbang itu dibina dengan kos 1 bilion euro (RM4.75 bilion) ketika era kegemilangan di Sepanyol.

Namun, ia menjadi simbol pembaziran apabila ditutup pada 2012, empat tahun selepas dibuka.

Ia pernah digunakan oleh syarikat penerbangan tambang murah Ryanair dan Vueling Airlines.

Lapangan terbang itu bakal menjadi pusat kargo China jika ia dibeli oleh Tzaneen International.

Kisah Benar Novel Yang Mencari Penulisnya!

Kisah Benar Novel Yang Mencari Penulisnya!

 
Pada tahun 1973, pelakon terkenal Anthony Hopkins dipilih untuk membintangi filem yang diadaptasi daripada novel George Fiefer, The Girl From Petrovka.

Anthony Hopkins - The Girl From Petrovka

Bagi memudahkannya menjiwai watak, Anthony Hopkins cuba mencari novel tersebut di toko-toko buku sepanjang Charing Cross Road, London, tetapi gagal menemuinya.

Setelah kecewa dan letih berjalan berjam-jam lamanya, aktor tersebut pergi ke stesen kereta api bawah tanah di Leicester untuk pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat novel tersebut ada diatas kerusi stesen kereta api!

Dalam satu pertemuan antara Anthony Hopkins dan George Fiefer tidak lama kemudian, penulis tersebut memberitahu dia sendiri tidak memiliki walau senaskah pun novel yang ditulisnya itu.

Menurut George, naskah terakhir novelnya telah dipinjamkan kepada seorang kawan yang tinggal di London, malangnya telah dicuri semasa ditinggalkan dalam kereta.

Anthony Hopkins kemudiannya menunjukkan novel yang ditemuinya di stesen kereta api bawah tanah, yang kebetulan turut dibawa dalam pertemuan itu.

"Hei! Inilah novel saya yang hilang tu!" jerit George sambil menunjukkan nota-nota yang ditulisnya pada ruang kosong disetiap halaman novel berkenaan.

1 Gram Bisa Katak Neraka Brazil Mampu Membunuh 80 Orang!

1 Gram Bisa Katak Neraka Brazil Mampu Membunuh 80 Orang!

 
Penemuan katak beracun bukanlah perkara yang mengejutkan. Namun, penemuan katak berbisa, apatah lagi jika bisa itu keluar terus dari bahagian kepala, maka itu pastilah sangat istimewa.

Katak Neraka Brazil

Edmud Brodie dari Universiti Utah State, Amerika Syarikat dan Carlos Jared dari Instituto Butantan, Sao Paulo, Brazil menghabiskan hidup mereka mempelajari rantai makanan spesies amfibia di rantau Amerika Latin.

Dalam salah satu ekspedisinya di hutan Caatinga di Brazil, Carlos dipercayai secara tidak sengaja memegang satu spesies katak. Tanpa disangka, tangannya berasa sakit dan terbakar selama lebih kurang lima jam.

Pada mulanya, dia tidak mengaitkan kesakitannya itu dengan katak. Ia hanya disedari apabila Carlos mengamati katak yang baru dikumpulnya itu dan percaya amfibia itu mengeluarkan racun.

Dia juga mendapati katak itu menghasilkan bisa. Di kepala spesies yang disebut katak greening itu terdapat benjolan seperti duri. Benjolan seperti tanduk tajam itulah yang mengeluarkan bisa.

Penemuan katak berbisa adalah sesuatu yang istimewa. Banyak katak bisa menghasilkan racun sebagai cara perlindungan diri, tetapi sangat sedikit yang ditemui mampu menghasilkan bisa yang boleh membunuh mangsa.

Dalam bidang biologi, haiwan beracun dan berbisa adalah dua perkara berbeza. Katak beracun memiliki pertahanan pasif. Racun hanya akan membunuh jika lawan katak itu cuba bersentuhan atau memangsakannya.

Edmud Brodie dan Carlos Jared

Ini berbeza dengan katak berbisa. Jenis katak ini memiliki pertahanan aktif, mampu dengan sengaja menusukkan benjolan berbentuk duri itu untuk membunuh lawannya.

Dalam ekspedisinya, Brodie dan Carlos menemui dua spesies katak berbisa sekaligus. Katak berbisa yang dipegang Carlos itu adalah Corythomantis greeningi manakala katak yang satu lagi adalah Aparasphenodon brunoi.

Bisa dua jenis katak itu boleh membunuh mangsa. Bisa Corythomantis greningi adalah dua kali lebih bahaya daripada ular jenis pit viper, namun Aparasphenodon bruni pula 25 kali ganda bisanya.

Bayangkan satu gram bisanya mampu membunuh 300,000 ekor tikus atau bersamaan 80 manusia. Kekuatan racun dua katak itu menyebabkan amfibia ini disebut sebagai ‘katak dari neraka’.

Namun, secara teknikal, sekali suntikan bisanya tidak mungkin setara dengan satu gram. Jadi, bukanlah bererti jika terkena bisa katak ini, maka kita akan terus mati.

“Menemui katak berbisa adalah sesuatu yang tidak pernah kami duga, dan menemui jenis beracun lebih berbisa daripada pit viper adalah sesuatu yang sangat mengagumkan,” kata Brodie.

Penemuan secara tidak sengaja dua saintis tersebut dilaporkan portal Eurekalert dan berita unik ini turut diterbitkan menerusi jurnal Current Biology edisi bulan Ogos 2015. —Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Friday, 22 April 2016

Beri Nama 'Syaitan' Elak Anak Meninggal!

 
Sebelum ini, media Indonesia mendedahkan beberapa pemilik nama unik termasuk seorang warga Banyuwangi yang bernama Tuhan. Kini muncul pula nama unik lain iaitu Saiton, (syaitan).

Saiton

Memetik laporan media Indonesia, lelaki yang bernama Saiton itu berasal dari Palembang, Sumatera Selatan.

"Saiton lahir di Paldas Banyuasin, 10 Febuari 1976. Nama tersebut, kata dia, merupakan pemberian kedua orang tuanya, Cik Nang dan Saimubah," petik laporan Liputan 6 Com.

Menurut Saiton, pemberian nama itu diberikan kepadanya kerana dari 12 orang adik beradiknya yang lahir, dua orang sahaja yang kekal hidup. Sepuluh yang lain meninggal tatkala berusia 5 hingga 7 tahun.

"Jika hidup semua, kami keluarga besar dengan 13 saudara. Saat saya lahir, orang tua saya berfikiran saya tidak mungkin hidup. Kemungkinan kerana kesal anaknya meninggal terus dan sebab itulah orang tua saya menganggap saya sedang diganggu syaitan.

"Kerana itu, saya diberi nama Saiton. Orang tua saya mungkin sudah 'kepalang bingung mau kasih nama apa' (sudah pening untuk memberi nama) ," jelas Saiton.

Bercerita lanjut, Saiton berkata ketika dia berusia tiga tahun, dia pernah memprotes namanya itu, sebab namanya itu sering kali dijadikan sebagai bahan ejekan rakan-rakannya, lantas katanya kedua-dua orang tuanya menggantikan nama itu menjadi Iskandar.

Namun setelah diganti namanya, Saiton sakit dan ia berpanjangan selama tiga tahun. Pelbagai cara digunakan orang tuanya untuk mengubatinya namun tetap tidak berhasil.

"Orang tua saya panik dan beranggapan, bahawa saya juga tidak akan panjang umur sepertimana saudara saya yang lain, akhirnya saya dibawa kepada orang pintar dan disarankan untuk mengembalikan nama saya seperti sediakala.

"Setelah pakai nama Saiton semula, alhamdulillah saya sembuh dan hingga kini tidak ada penyakit yang parah menimpa saya," ujarnya.

BACA INI JUGA: Tuhan Kena Tukar Nama!

Sumber: Sinarharian.com.my

LAGI INFORMASI:

13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

 
Memang pelik tapi benar, nama tempat dalam senarai ini benar-benar wujud di Malaysia. Jom baca..

Kampung Baru Jumpa
Sabah

Kampung Baru Jumpa

Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

Kampung Bogel
Terengganu

Kampung Bogel

Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.

Peneroka asal kampung tersebut berkata, mereka tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk kampung memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi.

Batak Rabit
Perak

Batak Rabit

Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan.

Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.

Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah.

Kampung Dada Kering
Pahang

Kampung Dada Kering

Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup.

Desa Temu Jodoh
Johor

Desa Temu Jodoh

Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.

Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.

Kampung Imam Lapar
Terengganu

Kampung Imam Lapar

Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.

Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

Kampung Seronok
Pulau Pinang

Kampung Seronok

Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun.

D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.

Kampung Atas Tol
Terengganu

Kampung Atas Tol

Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber air.

Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

Mambang Di Awan
Perak

Mambang Di Awan

Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.

Kota Sarang Semut
Kedah

Kota Sarang Semut

Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah.

Semut, yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut.

Kampung Penajis
Negeri Sembilan

Kampung Penajis

Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh.

Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).

Batang Melaka
Melaka

Batang Melaka

Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan

Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan.

Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960'an.

Jalan Microwave
Sabah

Jalan Microwave

Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350km yang sunyi jalan antara Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh bergantung kepada tanda jalan raya untuk menertawakan mereka: Jalan Microwave di KM177.

BACA INI JUGA: Perkara Yang Di Haramkan Di Beberapa Negara

Ampo, Makanan Pelik Dari Tanah Liat

 
Terdapat sebuah perkampungan di Tuban, Jawa Barat, yang mana penduduknya betul-betul berbakti kepada tanah.

Makan Ampo

Bukan sekadar memanfaatkan tanah untuk bercucuk tanam, malah mereka turut memakannya!

Tanah sawah padi yang bersih dan bebas dari batu kerikil diambil dan diketuk kuat dengan kayu supaya menjadi seperti batu-bata.

Ampo Dimasak

Dengan menggunakan buluh yang berbentuk seperti pisau, tanah tadi akan ditolak keluar menjadi gulungan kecil.

Gulungan tanah ini akan dibakar dan diasap selama sejam. Selepas proses pembakaran selesai, gulungan itu akan dimakan seperti snek.

Makan Ampo [2]

Bagi penduduk Tuban, snek ini dipanggil 'ampo'. Mereka percaya yang ampo merupakan penahan sakit semulajadi dan mampu membuatkan kulit bayi menjadi lembut jika dimakan oleh wanita mengandung.

Pelik kan..

BACA INI JUGA: Burger Paling Pelik Pernah Dicipta

-SENTIASAPANAS.COM

7 Sebab Kenapa Dr. Zakir Naik Ditakuti Barat!

 
Walaupun ramai warga Eropah dan AS merasa kagum dengan ketokohan Dr. Zakir Naik dan menghadiri forum-forumnya, tetapi sebaliknya dengan kerajaan mereka.

7 Sebab Kenapa Barat Takut Dr. Zakir Naik

Beberapa negara seperti Britain dan Kanada menghalang kemasukan Dr. Zakir Naik. Malah, Amerika Syarikat secara terang-terangan mengecam Dr Zakir Naik.

Mengapa Barat takut pada Dr. Zakir Naik?

1. Dr. Zakir Naik Menuduh Serangan 9/11 'Kerja Orang Dalam'

Ini adalah alasan rasmi yang disampaikan oleh kerajaan AS seperti dilaporkan oleh Washington Post. Kerajaan AS mengecam Dr. Zakir Naik sewaktu dia mendapat penghargaan dari kerajaan Arab Saudi pada Mac 2015.

“Pandangan Dr. Zakir Naik tentang serangan 9/11 sungguh keji,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri AS, Jen Psaki.

2. Dr. Zakir Naik Menganggap AS Sebagai Pengganas

Dr. Zakir Naik dikecam Washington kerana dengan berani menyatakan bahawa Amerika Syarikat adalah pengganas terbesar dunia.

Selain itu, dalam beberapa ceramahnya, Dr. Zakir Naik juga menyatakan aksi keganasan yang dilakukan oleh AS sejak menceroboh Iraq.

3. Dr. Zakir Naik Menyebut George W Bush dan pemimpin AS sebagai Pengganas

Dr. Zakir Naik juga pernah menyebutkan bahawa George W Bush adalah pengganas.
Kenyataan-kenyataan Dr. Zakir Naik sangat ditakuti AS memandangkan populariti dan pengaruh Dr. Zakir Naik yang terus meningkat.

Selain jutaan orang yang telah mendengar ceramahnya secara langsung, ratusan juta orang juga telah menonton video-video ceramahnya.

4. Ramai Orang Masuk Islam di Forum Dr Zakir Naik

Alasan ini tidak pernah disebutkan oleh media Barat sebagaimana 3 alasan sebelumnya. Namun, perkara ini sebenarnya sangat menakutkan pihak Barat.

Disaat gereja semakin sepi dan Barat semakin ragu-ragu dengan teologi mereka sendiri, tiba-tiba Dr. Zakir Naik datang seperti gelombang.

Lebih menggerunkan mereka, ceramah-ceramahnya membongkar kesalahan-kesalahan dan pembohongan dalam ajaran gereja.

Dengan penjelasan berdasarkan fakta dan mudah difahami, Dr. Zakir Naik dengan mudah membongkar kepalsuan konsep triniti, menyatakan secara ilmiah bahawa Yesus bukan tuhan dan sebagainya.

Sangat ramai penganut agama lain memeluk Islam setelah mendengar penjelasan dari Dr. Zakir Naik.

5. Menguatnya Dakwah Islam di Barat

Melalui ceramah-ceramahnya dibeberapa negara Eropah, Dr. Zakir Naik sebenarnya telah menusuk jantung pertahanan terakhir Barat.

Hampir disetiap ceramahnya dihadiri ribuan orang sehinggakan jumlah audiens Dr. Zakir Naik telah mencapai jutaan orang yang sebahagian besarnya hidup di Barat.

Mereka yang sebelum ini hanya mengetahui Islam dari media barat, kini mula memahami prinsip-prinsip Islam, Al-Qur'an dan Sunnah yang dijelaskan oleh Dr. Zakir Naik.

Dengan meluasnya dakwah Islam ini, meskipun tidak semuanya masuk Islam, sudah cukup membimbangkan dunia Barat.

Menurut Samuel Huntington, pihak Barat sememangnya mensasarkan Islam sebagai musuh dengan menggunakan media sebagai agen menyebarkan kempen memburukkan kesucian Islam.

Dan jika warga Barat sendiri memahami Islam dengan baik, perkara itu sangat bahaya bagi hegemoni politik mereka.

6. Dr. Zakir Naik Ditakuti Gereja

Cukup beralasan jika Barat cukup takut kepada Dr. Zakir Naik kerana gereja sekalipun tidak mampu membendung gelombang dakwah Islam yang dibawanya.

Salah satu alasan mengapa acara debat terbuka yang dilakukan Dr. Zakir Naik tidak sebanyak debat terbuka Ahmad Deedat, kerana pihak gereja sendiri tidak berani berhadapan dengan Dr. Zakir Naik.

Malah dikhabarkan bahawa Dr. Zakir Naik telah mengirimkan surat jemputan untuk berdebat kepada pihak Vatikan, namun tidak mendapat jawapan sehingga ke hari ini.

7. Pengaruh Dr. Zakir Naik semakin Meluas

Bersamaan dengan derasnya gelombang dakwah Islam, pengaruh Dr. Zakir Naik semakin meluas.

Di India, Dr. Zakir Naik tersenarai di dalam 100 tokoh paling berpengaruh serta dinobatkan sebagai salah seorang dari 3 Pemimpin Besar Spiritual di India yang majoritinya bukan Islam.

BACA INI JUGA: 'Jangan Paksa Saya Membenci Islam!'

Sumber: Penjualanggurterbaik

Misteri Simbol Iblis Dalam Wang Kertas RM1 Dan RM5!

 
Konspirasi demi konspirasi muncul lagi dan kali ini melibat wang kertas RM5 dan RM1 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Konspirasi RM5 dan RM1

Seorang individu bernama Neil Armsteen, telah memuat naik teori konspirasinya yang mendakwa terdapat mesej tersembunyi dalam dua wang kertas tersebut.

"Mesej tersembunyi pada wang kertas ciptaan Roth, penyembah syaitan. Caranya, temukan bahagian 'transparent' secara bertentangan dan sambungkan kepala burung enggang itu.

"Dari situ, anda dapat melihat tanduk burung enggang akan menjadi parah dan paruhnya akan menjadi telinga.

Konspirasi RM5 dan RM1 [2]

"Inilah jawapan mengapa dunia huru-hara dengan sistem riba ciptaan Roth. Dunia berperang angkara pihak-pihak bank.

"Umat Islam berpecah belah angkara sistem demoncrazy. Ekonomi negara dan matawang semakin menjunam kerana wang kertas dicipta oleh Roth, anak haram," katanya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [3]

Menurut Neil, Roth (bahasa klasik Eropah), bermaksud anak sumbang mahram dari keturunan Namrud yang mengamalkan sumbang mahram. Namrud telah mengahwini ibunya sendiri sebagai isteri.

Semua keturunan Rothschild adalah anak sumbang mahram dan meletakkan gelaran 'Rothschild' pada hujung nama mereka. Sebagai contoh, Jacob Rothschild, Baron Rothchild dan sebagainya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [4]

Jelas Neil lagi, dia mendedahkan perkara ini bukan meminta netizen takut pada simbol, tetapi untuk menyedarkan penentang-penentang ilmu fitan agar sel-sel otak mereka berhubung.

"Apakah maksud simbol-simbol ini pada wang kertas? Anda akan mendapat jawapannya. Ilmu-ilmu ekonomi hanyalah satu penipuan.

"Malangnya, jika kita mahu menyedarkan golongan ini, kita akan dilabel sebagai individu taksub Freemason, paranoid, khurafat dan sebagainya.

Konspirasi RM5 dan RM1 [5]

"Posting ini khas untuk pelajar-pelajar ekonomi yang menentang kebenaran kerana telah disihir oleh ilmu palsu ciptaan Roth di sekolah dan universiti. Mereka tidak percaya wang kertas adalah sistem Roth," kata Neil.

Percaya atau pun tidak, terpulang pada masing-masing untuk menilai dan menerima. Mungkin kebetulan, atau mungkin golongan ini terlebih rajin mengkaji perkara seperti ini.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Sumber: Pixelperfext