SHAH ALAM - Ada tiga pengajaran di sebalik
insiden kekecohan di Plaza Low Yat baru-baru ini, kata Presiden
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup
Abdullah.
Abdul Rani berkata, melalui pemerhatiannya beliau mendapati tiga pengajaran itu adalah berkisar mengenai sikap rakyat yang tidak matang dalam bertindak, kelemahan penguat kuasa dan keadaan semasa di negara ini.
“Yang pertama, Islam menegah umatnya bertindak tanpa berfikir, apatah lagi bertindak kerana amarah.
“Kedua, rakyat sikap benci sikap ‘double standard’ dalam penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“…dan hubungan antara kaum di negara ini masih rapuh,” katanya kepada Sinar Online.
Mengulas lanjut Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka berkata, oleh itu beliau menasihati orang ramai agar menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak.
“Kadang-kadang orang Melayu kena tunjuk sikap yang disenangi kepada masyarakat bukan Islam, kita kena bertindak secara matang, berfikiran waras, kalau bertindak tanpa sebab itu tak betullah,” katanya lagi.
Namun katanya, orang Melayu memang marah kalau bangsanya dihina oleh bangsa lain.
Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Pengawal
keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada polis, lanjutan
daripada itu, lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak
memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai
terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM70,000.
Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat
dalam insiden pergaduhan itu dan didakwa di mahkamah pagi ini.
Sementara itu, pada malam hari kejadian, dianggarkan beratus-ratus
orang berkumpul di hadapan plaza itusejak 8 malam, dipercayai rakan
kepada lelaki yang ditahan polis itu sehingga berlakunya pergaduhan
yang berlarutan ke awal pagi. - SInar
No comments:
Post a Comment