Tuesday, 14 July 2015

Lah Lokon Je Rupanya...

Ketika ini, banyak pihak mula ragu-ragu terhadap video ganas lagi tak berperikemanusiaan kumpulan IS di Syria yang memenggal kepala tahanannya.

Rakaman IS Penggal Kepala Palsu

Mana taknya, dua hari lalu, satu pendedahan mengejutkan dibuat apabila ia dikatakan hanya satu sandiwara dan cuma dilakukan di dalam sebuah studio.

‘Sesi penggambaran’ tersebut telah dipaparkan dalam laman Youtube dan sehingga kini, ia ditonton ribuan pengguna.

Dalam rakaman berdurasi 3 minit 9 saat itu, ia menunjukkan proses merekod kejadian konon-kononnya seorang tahanan ingin disembelih berlatar tempat sebuah padang pasir.

Di sekeliling tempat itu dilimpahi dengan cahaya terik dari lampu, manakala beberapa pekerja berada di belakang kamera untuk merekodkan aksi bunuh itu.

Menurut laporan media antarabangsa, Veterans Today, rakaman itu diperoleh dari komputer riba milik senator Amerika Syarikat, John McCain dan kemudiannya disebarkan sebuah kumpulan penggodam Ukraine, Cyber-Berkut.

Berikutan tersebarnya laporan berkenaan, ada pihak mula mempertikaikan tentang kesahihan kewujudan IS sebagai kumpulan pengganas ataupun sekadar propaganda dari kuasa besar untuk menakutkan masyarakat global.


No comments:

Post a Comment