Sekali baca tajuk ini memang ada sesuatu yang tidak normal berlaku. Ada
yang kata, ini adalah sesuatu yang mustahil. Tapi tak kurang juga yang
berfikir bahawa ini adalah gejala kecelaruan gender seperti lelaki
lembut yang menukar jantina.
Walau apa pun yang anda fikir, mari kita baca kisah pelik tapi benar-benar berlaku ini.
Disebuah sekolah perempuan di Arab Saudi, telah berlaku suatu perkara
yang sangat pelik dan belum pernah terjadi sebelum ini. Seorang gadis
yang merupakan penuntut di sekolah ini disahkan mengalami perubahan
jantina.
Menurut laporan akhbar Daily Alriyadh, gadis yang bernama Uhud dan baru berusia 13 tahun disahkan lahir sebagai seorang wanita.
Di Arab Saudi, percampuran gender adalah sesuatu yang ditegah. Jadi, murid lelaki dan wanita perlu diasingkan.
Bagaimanapun, menurut guru sekolah Uhud, kelakuannya magak pelik
sedikit. Dia seorang pelajar yang pintar tetapi agak kasar seperti
lelaki.
Beberapa hari sebelum genap 13 tahun, Uhud dikatakan mengadu kepada ibubapanya yang dia berasa sakit di bahagian abdomen.
Selang beberapa hari kemudian, organ seks lelaki muncul ditempat yang
sepatutnya. Keadaan itu menimbulkan keraguan bapa Uhud, Ahmed Hassan
Mousa.
Menurut Ahmed, pada mulanya dia tidak tahu langsung tentang perubahan
jantina anaknya itu. Hinggalah pada suatu hari, pihak sekolah
memanggilnya mengenai keputusan lembaga pengurusan sekolah untuk
menukarkan sekolah Uhud daripada sekolah perempuan ke sekolah lelaki.
Alasan yang diberikan adalah, Uhud telah menjadi seorang lelaki!
Ahmed yang terkejut dengan berita itu meminta isterinya memeriksa
sendiri organ seks anak mereka. Tidak puas hati dengan jawapan
isterinya, Ahmed mahu mendapatkan sendiri pengesahan daripada doktor.
Selepas diperiksa dengan teliti, Uhud disahkan sudah menjadi seorang
lelaki. Malah doktor juga memberitahu, dalam tempoh masa seminggu, tubuh
Uhud akan berubah sepenuhnya menjadi seorang lelaki.
Akibat kejadian yang pelik itu, pihak hospital menyarankan Ahmed supaya
melakukan penukaran dokumen-dokumen berkaitan identiti Uhud kerana
dokumen lamanya sudah tidak sah lagi ekoran jantinanya sudah berubah.
Setakat yang diketahui, perkara yang berlaku kepada Uhud adalah sesuatu
yang jarang berlaku dan berkemungkinan, kes ini membabitkan proses
kejadian Khunsa, individu yang mempunyai dua organ seks.
Kini, Uhud telah bertukar nama menjadi Muad dan dia menjalani kehidupan seharian sebagai seorang lelaki.
No comments:
Post a Comment