Kebiasaannya buku atau kertas menjadi medium penulisan manusia secara
manual. Namun ia bukan lagi satu keperluan bagi wanita yang berasal dari
Chengdu, China ini.
Huang Xiangji, 55 tahun, tidak memerlukan sebarang kertas mahupun pen
atau pensil untuk menulis. Sebaliknya, jika dia ingin menulis, kulit
badannya akan menjadi buku dan kukunya akan menjadi pen.
Mungkin situasi ini dilihat tidak masuk akal kerana bagaimana pula kulit
badan manusia boleh dijadikan medium untuk menulis dan kuku sebagai
pen? Hanya menggunakan kuku, dia boleh menulis apa saja dikulit
badannya.
Berdasarkan laporan China Daily, sejak kecil lagi Huang telah menyedari
yang dia boleh menulis dan mengukir apa sahaja dikulitnya. Malah,
sewaktu zaman persekolahannya, dia digelar sebagai 'buku bergerak'
kerana hampir semua nota-nota pelajaran ditulis dikulitnya.
Disebabkan penyakit yang dianggap sebagai satu kelebihan oleh
rakan-rakannya, dia sering kali menjadi tempat rakan sebayanya untuk
berhibur. Mereka akan melukis berbagai-bagai watak kartun dan juga
pelbagai tulisan lain. Dan dia turut mengakui meniru ketika dalam ujian
dengan menulis nota di badannya.
Walaupun dia berasa pelik dengan keadaan dirinya itu, namun kepelikannya
itu tidak pernah memberi kesusahan kepadanya. Sebaliknya, menurut
Huang, keadaan ini sangat membantu khususnya ketika umurnya yang kini
semakin tua.
Setiap kali dia mahu ke pasar raya, dia akan menulis barang-barang yang
ingin dibeli di kulit tangannya terlebih dahulu sebelum keluar rumah.
Jiran-jiran Huang juga mengangapnya sebagai wanita kertas kerana
keunikkannya itu.
Lebih istimewa, perbuatan 'menulis' di kulit menggunakan kuku tidak
pernah sama sekali menyakitkan malah ia merupakan satu aktiviti yang
menyeronokkan.
Huang Xiangji sebenarnya telah disahkan oleh pakar perubatan China
menghidapi sejenis penyakit kulit yang pelik sejak kecil. Penyakit yang
dikenal pasti sebagai artificial urticaria atau dermatographical
urticaria merupakan antara penyakit kulit yang jarang ditemui.
Menurut pakar perubatan kulit, Chinese Medical Assosiation, Proffesor
Sandra Hsu, dia terperanjat apabila pertama kali bertemu dengan Huang.
Ketika itu dia baru berusia 14 tahun.
Sepanjang hayatnya inilah kali pertama dia berjumpa dengan manusia yang
mempunyai kulit sebegitu. Di sebabkan keunikan itu, Profesor Sandra Hsu
sendiri turut mencuba menulis di kulit Huang menggunakan kukunya.
Selepas beberapa saat kemudian, tulisan-tulisan tersebut mula timbul dan
boleh dibaca dengan jelas. Justeru, pelbagai persoalan timbul apabila
melihat keadaan itu.
Soalnya bagaimanakah keadaan itu boleh berlaku dan adakah tulisan-tulisan tersebut akan kekal selamanya?
Jelas Hsu, mengikut kajian perubatan, penyakit kulit ini sebenarnya
penyakit kulit biasa saja. Ia merupakan tindak balas alergi pada kulit
yang membuatkan kulit berasa gatal dan menjadi merah yang akhirnya
menimbulkan bintat.
Namun, tindak balas alergi sehingga boleh menjadi tulisan pada kulit
adalah sesuatu yang jarang berlaku dan ini merupakan kes pertama yang
dijumpai di dunia.
Dipercayai, penyakit ini boleh ditemui dalam lingkungan empat peratus sahaja daripada penduduk dunia.
Tulisan yang muncul pada kulit itu juga ada kalanya mampu bertahan lama
sehingga beberapa hari dan ada juga yang hilang dalam tempoh 15 minit.
Kelebihan ini membuatkan Huang menjadi manusia super.
No comments:
Post a Comment