Jika orang-orang purba Mesir terpaksa menghabiskan masa beratus-ratus
tahun lamanya untuk mencipta cara-cara dan memperbaiki teknik membuat
mumia, sebuah kubur di San Bernardo, Colombia menjadi tumpuan apabila mayat-mayat yang dikuburkan disitu bertukar menjadi mumia dalam keranda mereka.
Fenomena ini mula dikesan 15 tahun lalu oleh seorang penggali kubur, Eduardo Cifuentas.
Menurut Eduardo, mayat-mayat yang telah di'mumia'kan itu mungkin telah
berada disitu sejak tahun 1957 namun tiada siapa yang menyedari keadaan
itu.
Katanya lagi, masa yang berlalu menukarkan warna pakaian dan kulit mumia kepada menjadi warna kecoklatan selain turut berkedut.
Satu-satunya tempat yang berlakunya proses semulajadi mumia sebelum ini
di Amerika Selatan ialah Guanajuato, sebuah pekan ditengah Mexico dimana
kejadian dipercayai berlaku kerana pengaruh gas di bawah tanah dan
keadaan tanah itu sendiri.
Namun, di San Bernando, keadaannya berlainan kerana mayat-mayat yang
ditanam dalam bilik-bawah tanah menjadikan mayat-mayat itu tidak
tersentuh tanah.
Penduduk-penduduk tempatan cuba memberikan pendapat mereka sendiri. Ada
yang mengatakan ianya mungkin kerana air bersih yang ada dikampung
tersebut selain kekurangan bahan kimia dalam makanan mereka.
Ada juga yang berpendapat bahawa suhu bawah tanah diperkampungan tersebut membantu proses mumia semulajadi.
Pada masa sekarang sebenarnya terdapat lebih 2 dozen mumia yang
didirikan secara menegak di dinding kawasan bawah tanah di perkuburan
tersebut.
Buat masa ini, mumia-mumia tersebut telah menjadi tarikan utama pelancong ke Colombia.
Datuk Bandar telah mengarahkan sebuah muzium khas dibina dibelakang
kawasan perkuburan itu yang mana 8 mumia yang terpelihara akan
dipamerkan disitu.
No comments:
Post a Comment