Thursday, 2 July 2015




Pegawai kesihatan diserang guna parang


GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang naik berang bertindak menyerang sekumpulan kakitangan Jabatan Kesihatan negeri dengan sebilah parang, gara-gara tidak membenarkan mereka melakukan semburan kabus atau "fogging" di Desa Baiduri di Air Itam di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang, suspek berbangsa India Muslim berusia 31 tahun dikatakan telah mengacu sebilah parang panjang ke arah seorang pegawai kesihatan termasuk beberapa anggota lain.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana marah kepada mangsa dan rakannya melakukan semburan fogging di kawasan berkenaan.
" Mangsa cuba menerangkan situasi sebenar tetapi suspek terbabit tetap berkeras tidak mahu benarkan buat fogging dan mengacah mahu menetak mangsa," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment