Seppuku atau juga Harakiri, salah satu tradisi yang menjadi kebanggan
masyarakat Jepun, yang berasal dari kata hara yang bererti perut dan
kiru yang bererti memotong.
Harakiri juga dikenali dengan istilah seppuku. Kebiasaannya harakiri
dilakukan oleh perajurit kelas tinggi dari kalangan samurai sebagai
bukti kesetiaan.
Bunuh diri yang dilakukan para Samurai sangat menyeksakan, kerana si
pelaku harus menunggu kematian sehingga kehabisan darah setelah merobek
dan mengeluarkan isi perutnya.
Ada ritual khusus yang harus dilakukan oleh Samurai jika ingin melakukan
harakiri. Seorang samurai akan mandi, menggunakan jubah putih, dan
makan makanan kegemaran.
Pelaku harakiri akan ditemani seorang pelayan (kaishakunin), yang dia
pilih sendiri. Kaishakunin ini bertugas membuka kimononya dan memberikan
pisau yang akan digunakan.
Jika pelaku harakiri menjerit atau menangis kesakitan ketika ia menusuk
dan mengeluarkan isi perutnya, perkara tersebut dianggap sangat
memalukan bagi seorang Samurai.
Oleh itu, Kaishaku bertugas mengurangkan penderitaan itu dengan mempercepat kematian dengan memenggal kepala samurai tersebut!
No comments:
Post a Comment