Carmen Gonzales, seorang pengusaha warung kecil yang terletak di tengah bandar Lima, Peru.
Warungnya beroperasi setiap hari bersedia menenerima kehadiran pelanggan
untuk mencuba dan merasai kehebatan sejenis minuman eksotik yang telah
diusahakannya sejak 15 tahun lalu.
Ramuan utamanya, seekor katak! Yak! Namun begitu, jus ini dikatakan
mampu memulihkan sakit dalaman dan mengembalikan kejantanan seorang
lelaki.
Jika mahu memesan segelas jus ini sangat mudah, hanya sebut 'Jugo de
Rana' kepada pelayan, dan segelas jus katak tersedia di depan mata anda!
Minuman pelik ini dikatakan mampu memulihkan penyakit asma, darah tinggi dan mengembalikan tenaga dalaman lelaki.
Dan kerana itulah rata-rata pelanggan warung ini terdiri daripada
golongan lelaki. Memang pantang bagi lelaki kalau mendengar beda-benda
kuat ni..hehe
Untuk menyediakan jus katak, Carmen terlebih dahulu akan menangkap seekor katak yang masih hidup di dalam akuarium di warungnya.
Katak akan dibunuh dengan cara mengetuk kepalanya dengan batu, kemudian
kulit akan disiang. Katak ini kemudiannya dikisar bersama ramuan rahsia.
Apa yang menariknya, pelanggan boleh melihat sendiri katak-katak yang masih hidup sebelum menikmatinya sebagai minuman.
Katak yang telah dibersihkan akan direbus selama beberapa minit sebelum
dikisar bersama campuran madu, lidah buaya, soya serta ramuan herba
seperti buah maca dan akar kayu.
Kemudian, bahan yang telah dikisar akan ditapis dan sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan.
Walaupun katak telah dikisar bersama ramuan campuran tadi, bau hanyir
tetap menusuk hidung. Bagi pelanggan yang baru pertama kali
menikmatinya, bukan mudah untuk menelan jus ini walaupun hanya gelas
yang yang kecil.
Dianggarkan, setiap hari sebanyak 80 ekor katak berjaya dijual dan
Carmen mengakui dia tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan
yang mahukan segelas jus katak terutamanya ketika waktu sarapan.
Mereka menjadikan minuman pelik ini sebagai tonik tenaga sebelum
memulakan hari, malah mendakwa ia mampu mengekalkan stamina mereka
seharian. Harganya pula murah, hanya sekitar USD$1 segelas.
Masyarakat tempatan menjadikan minuman ini sebagai diet harian mereka
kerana percaya jus katak mampu mengembalikan tenaga serta menyembuhkan
penyakit!
Ada sesiapa dikalangan pembaca yang nak rasa jus katak? Hehe..
No comments:
Post a Comment