Begitu hangat isu tentang kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat yang terletak di Bukit Bintang.
Lokasi yang sebelum ini menjadi tumpuan semua rakyat Malaysia apabila
bercadang untuk membeli gadget seperti telefon atau pun komputer.
Disini memang semua pekara itu ada di jual dan teknologi terkini. Malah boleh dapat harga yang murah dan juga tawaran menarik.
Tapi selepas kes pergaduhan yang berlaku akibat peniaga yang dikatakan
menipu dengan menjual peralatan tidak original kepada pengguna, ia telah
menimbulkan kemarahan kepada pengguna dan berlakulah pergaduhan di
situ.
Dan sememangnya kejadian seperti ini mendapat perhatian ramai pengguna
lain kerana sudah ramai pengguna yang selalu di tipu di situ.
Jadi daripada kes ini ia menjadi lokasi panas dan tidak di galakan untuk
di kunjungi oleh semua orang tak kira bangsa atau pelancong asing
sekiranya anda mahu membeli gadget baru. Banyak lagi lokasi yang ada di
sekitar KL.
Lokasi-lokasi lain yang tidak di galakkan untuk di kunjungi di Kuala Lumpur.
Petaling Street
Di sini juga adalah lokasi panas dan dikatakan bahawa peniaga agak
agresif dan bersikap ganas kepada pengguna. Ada pengalaman pengguna
bukan sahaja di tipu tapi di marahi oleh peniaga sekiranya telah menawar
harga tapi tidak jadi membeli.
Jadi berhati-hati kalau nak membeli barang. Banyak lagi kawasan yang
lebih murah dan sama sahaja kualiti sebab disitu pun banyak barang
tiruan.
Tidak di galakan pada semua orang tak kira bangsa mahupun pelancong luar untuk keselamatan.
Pudu Sentral
Kawasan yang memang selalu jadi tumpuan orang ramai untuk menaiki bas ke
lokasi luar Kuala Lumpur. Tapi bagi yang datang setakat untuk
jalan-jalan di sana adalah tidak di galakan kerana disana bukan sahaja
banyak ulat tiket tapi ramai penjenayah.
Paling baru gempar tentang seorang kanak-kanak yang di culik di sana dan di bawa lari kemudian di bunuh di tepi sungai Klang.
Apa pun pada yang datang nak beli tiket nak balik kampung perlu
berhati-hati. Tidak di galakan pada semua orang tak kira bangsa mahupun
pelancong luar untuk keselamatan.
Kampung Baru
Kawasan yang memang cukup popular sekarang bukan sahaja orang Malaysia
malah juga pelancong luar negara. Kalau datang Malaysia mesti nak
singgah ke Kampung Baru yang berada di tengah-tengah kota metropolitan
ini.
Kawasan ini menjadi rebutan bukan sahaja kepada pengusaha untuk
mendapatkan tanah tapi juga kawasan panas dengan kumpulan gengster.
Apa pun datang boleh tapi kenalah hati-hati. Jangan pergi sebarangan
lorong di sana sendirian. Tidak di galakan pada semua orang tak kira
bangsa mahupun pelancong luar untuk keselamatan.
No comments:
Post a Comment