Friday, 3 July 2015
Cerai 6jam? no problem!
SHAH ALAM – Pasangan Islam di Selangor yang bersetuju untuk berpisah dijangka dapat menyelesaikan kes mereka dalam tempoh kira-kira enam jam dengan pengenalan proses mempercepatkan kes cerai oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess).
Ketua Hakim Syarie Selangor, Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sebelum ini kes perceraian bagi pasangan yang mendaftar pernikahan di Selangor bersetuju berpisah mengambil masa kira-kira tiga bulan atau 90 hari untuk diselesaikan bermula daripada kes didaftarkan sehingga kepada perintah bertulis dikeluarkan mahkamah.
“Proses kes cerai fast track mampu mengurangkan tempoh ini kepada enam jam sahaja. Namun ini hanya ditawarkan kepada kes perceraian yang difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) sahaja atau dengan kata lain kepada pasangan (suami isteri) yang bersetuju untuk berpisah.
“Proses ini selain menjimatkan kos, dapat juga memberi peluang kepada pasangan yang bercerai untuk menjalani kehidupan baharu dengan lebih cepat,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Proses Kerja ‘Kes Cerai Fast Track’ di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment