Survey oleh Georgia-Pacific (pembuat tisu Quilted Northern) ini
melibatkan hampir 1,300 lelaki dan wanita berusia 18-64 tahun. Dari
survey tersebut, disimpulkan bahawa toilet bukan lagi sekadar tempat
untuk BUANG, tapi sebuah tempat sosial.
Sebanyak 86% responden mengatakan selalu bercakap hal peribadi, namun
73% responden sepakat toilet awam sebaiknya tidak digunakann sebagai
tempat sosial. Berikut enam hal yang biasanya dilakukan perempuan ketika
sedang berada di dalam tandas.
Mengumpat tentang hal orang lain
Seramai 86% orang yang disurvey mengakui mereka bercakap apa saja dari
kisah asmara di pejabat hingga hal rakan sekerja yang jadi anak emas
bos. Mungkin bilik yang tertutup di toilet itu membuat rahsia-rahsia
yang dibualkan menjadi lebih selamat.
Tips: Jika ingin mengumpat orang lain, lakukan di tempat yang lebih
baik. Mungkin orang yang anda katakan ada di dalam salah satu bilik itu
atau terbaik: berhentilah mengata tentang orang lain!
Mendengar orang yang sedang bergosip
Masih ada hubungannya dengan hal pertama, sebanyak 57% dari hal
mendengarkan orang yang sedang mengatakan hal-hal buruk tentang rakan
kerjanya. Menunggu di dalam bilik air kerana ingin menjadi saksi
percakapan tadi.
Tips: Jika Anda sedang di dalam bilik dan mendengar orang lain mengumpat, segeralah keluar sebelum mereka selesai berbual.
Mencari bilik yang berada kawasan di tengah
Ini penemuan yg cukup menarik. Nicholas Christenfeld, PhD, psikologi
dari University of California, San Diego, menemui 60% gulungan tisu
toilet paling banyak tercicir di bilik bahagian tengah. Hal ini
menunjukkan bahawa lokasi kesukaan perempuan di toilet adalah yang
berada di tengah.
Kenapa? Kerana hal itu tidak perlu menggunakan otak kita dalam membuat keputusan serius, masuk ke bilik kiri atau kanan.
Tips: Bilik mana-mana pun yang anda pilih, pastikan tidak ada tisu,
bungkus pembalut, tuala atau apapun tercicir di lantai. Buang dengan
cermat di dalam tong sampah.
Kadang-kadang, tidak membasuh setelah buang air kecil
Puncanya kerana petugas cleaning service tidak menyediakan tisu yang
baru, dan malu untuk meminta tisu pada orang di bilik sebelah. Sebanyak
56% perempuan yang disurvei mengatakan bahawa mereka tidak suka
meminta-minta tisu seperti itu.
Tips: Bawalah tisu sendiri bila masuk ke mana-mana toilet untuk kesejahteraan masa depan.
Berkhayal, mengelamun dan merokok
Sesetengah tempat membuat larangan merokok di tempat kerja seperti
sekarang, banyak orang mencuri-curi tempat untuk merokok. Mereka
melakukannya mengaku terpaksa, selain itu mereka juga menggunakan waktu
untuk mengelamun, melupakan hal pekerjaan untuk sebentar, atau
menenangkan hati. Dan banyak juga perempuan yang masuk ke toilet untuk
menangis!
Tips: Merokoklah luar kawasan kerja, dan anda tidak mengganggu orang lain.
Membetulkan rambut dan solekan
Dimana tempat perempuan kembali menyapu bedak, maskara, dan lipstik yang
sudah luntur, tanpa perhatian orang lain, kecuali di toilet? Mereka
juga menukar pakaian dan membetulkan kembali rambut yang sudah kusut. Di
sesetengah toilet di kafe atau hotel, biasanya disediakan perfume.
Inilah sebabnya, perempuan suka sekali berlama-lama di toilet.
No comments:
Post a Comment